BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 15, 2011

Hmmm...

6 SIFAT LELAKI YANG DISUKAI WANITA

1) Percaya diri

Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita.
Lakukan perkara yang terbaik, misalnya kalau anda mahir bermain futsal, teruskan bermain.
Pada masa yang sama, cuba bermain sukan lain juga.
Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.

2) Lucu

Jangan bercakap terlalu serius atau buat-buat ketawa, tetapi berpada-pada dalam pergaulan.
Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya atau isterinya, terutamanya apabila si dia sedang bersedih.

3) Romantik

Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita.
Harus diingat, romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada, tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.

4) Bijak

Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami.
Tidak semestinya anda seorang ahli akademik, tetapi penampilan dan cara pembawaan diri menjadi perhatian.

5) Menjaga penampilan

Lelaki yang pandai menjaga penampilan serta sentiasa kelihatan bersih, kemas, segak, menarik, dan berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita.
Penampilan yang baik menunjukkan lelaki mampu menghargai dirinya.
Kuku turut memainkan peranan yang penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari.

6) Soleh

Wanita juga suka kepada lelaki yang soleh dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak.

0 comments: